Mohamad Azaludi...'s profileMA's spacePhotosBlogListsMore ![]() | Help |
|
MA's space
January 10 DVD Format Berkembar LG Mulai Februari 2007Pemain DVD format kembar (DVD definisi tinggi) dilancarkan oleh LG Electronics. Ia mesra pengguna dan mula dijual pada harga AS$1,199 seunit. Pemain DVD baru itu menggunakan alat kawalan mudah yang boleh mengendalikan semua ciri-ciri interaktif Blu-ray, menjadi saingan kepada Sony (teknologi Blu-ray) dan Toshiba (HD DVD berharga AS$599 seunit) dianggap dapat menarik perhatian lebih ramai peminat peralatan teknologi. Walau sudah memiliki Sony teknologi Blu-ray saya hanya berkesempatan menggunanya beberapa kali kerana kesibukan tugas seharian dan tumpuan kepada aktiviti sekolah anak. Ya, secanggih mana pun teknologi kita miliki, jika tak digunakan ia tak punya apa-apa faedah!
January 08 PASANG SURUT PERSAHABATANImam al-Syafie ada mengatakan, "Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku." Menurut Imam al-Syafie lagi, "Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai." Dalam meniti usia 46 tahun ini saya juga telah pernah merasai 'pasang surut persahabatan'. Fahamlah saya siapa kawan dan siapa pula sahabat, 'sekilas ikan di air sudah tahu jantan - betina' January 07 NAK TAHU WINDOWS VISTA DARI MICROSOFT ?SISTEM operasi terbaru Microsoft, Windows Vista (sistem operasi utama yang dikemaskini Microsoft Corp selepas ia melancarkan Windows XP pada 2001) rupanya memiliki kelemahan pengaturcaraan. Ia memudahkan penceroboh sistem rangkaian komputer mengawal sepenuhnya komputer sasaran. Penceroboh akan memanfaatkan kelemahan yang ada untuk memasuki sistem komputer dan mengawalnya dari jauh. Penyelidik keselamatan sistem rangkaian menyifatkan amat sukar untuk menghasilkan sistem operasi bebas kelemahan kerana baris program pengaturcaraan yang panjang menyebabkan ia terdedah kepada pencerobohan Bagi meningkatkan tahap keselamatan Windows Vista, Microsoft mereka bentuk semula sistem operasinya agar dapat mengurangkan risiko yang perlu ditempoh pengguna apabila mereka menghubungkan komputer kepada Internet. Saya tetap mencari yang terbaik! January 05 BENARKAH GOOGLE ENJIN CARIAN NO. 1Dijangka Google akan mengatasi Yahoo dan Microsoft dalam persaingan aliran trafik bermula edisi 2007. Kenapa? Internet menyaksikan pertumbuhan sebanyak 10% setahun. Peningkatan pengunjung Google pula antara 9%-15% berbanding Yahoo (antara 6%-12%), manakala Microsoft hanya 4%-7%.
Maka enjin carian utama dunia, Google, dijangka menjadi laman web paling banyak dilawati tahun ini.
Walaupun tanpa YouTube (laman video YouTube dengan nilai AS$1.7 bilion), Google mengatasi Yahoo untuk kali pertama pada November 2006. Namun, Yahoo adalah laman utama di Amerika Syarikat (dipacu oleh aplikasi direktori, mesej pantas dan e-melnya) dengan mencatat 130 pengunjung sedangkan Google hanya 108 juta. Google pula mencatat 87% hasil perkhidmatan enjin cariannya. January 04 INTERNET ITU CIPTAAN MANUSIA – BANYAK KELEMAHANNYAPerkhidmatan Internet dan laman web tempatan yang berpangkalan di seberang laut terganggu selepas hubungan antarabangsa terjejas akibat gempa yang menggegarkan Taiwan 28 Disember lalu. Gempa itu merosakkan kabel dasar laut yang menjadi sebahagian daripada Rangkaian Kabel Asia Pasifik 2 (APCN2 dibangunkan Oktober 2002 - adalah satu rangkaian kabel serat optik sepanjang 19,000 kilometer menghubungkan Jepun, Korea Selatan, China, Malaysia, Singapura, Amerika Syarikat, Eropah dan Australia) untuk seluruh rantau ini, mengganggu komunikasi suara dan Internet di banyak negara di Asia. Akibat kejadian itu pengguna Internet mengalami perhubungan yang perlahan dalam mengakses kandungan dan laman web yang berpangkalan di luar negeri. Yang baiknya, tiada isu berhubung dengan keselamatan dalam gangguan seluruh Asia dengan akses Internet. Selama 23 tahun saya mengenali komputer dan didedahkan dengan internet. Saya akui banyak masalah dan kelemahannya! Jawapannya ia ciptaan manusia. |
|
|||||||
|
|